Followers

Wednesday, August 19, 2009

Adakah Anda Mempunyai Sahabat Sejati?

I saw this amazing post so I decided to share it....
Hope it gives benefit to everyone....

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

(teringat kata2 teacher Ummi,hihi)

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah dipercayai, dia khianati. Bila telah dicintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika kau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Credit to Haslinda Lukman

My Comment :

"I don't believe in Best Friends but I believe in True Friends"
These words are 100% true...I've been following this motto for a very long time...
(credits to Amira/Adila....hehe....)

Selama ini, aku mencari jugak sahabat sejati....tapi aku sedar selama ini, dia berada di sisiku...
Walaupun skrg ktorg berpisah jauh buat sementara...
Meia...balik la cepat....I miss u~Jumpa cuti Ramadhan ni~=)

Sunday, August 9, 2009

Hari Bacathon

Alright, semalam, sekolahku mengadakan Hari Bacathon buat tahun 2009..
Hmm....bolehla~not bad,tp bg sstgh org, maybe bosan sikit kot....

8 Ogos 2009
Pagi tu, aku bertolak jalan ke sekolah dalam kol 7.40 gitu(hehe,saje lambat,spttnye 7.30 mula) then kat sekolah, jumpa la kwn aku Athirah, dia tunggu aku kat pondok, dia ingatkan aku x dtg, haha...then ktorg gerak gi kelas ktorg...which is The House Of Comics...dan sangkaan aku mmg tepat skali, jumpa la Emira, kwn aku lg sorg ni...dia ni mmg bila bab komik ni, mmg no. 1...boleh kata peminat no. 1 Anime,hahaha!

After reading comics, tiba2 perut rasa lapar lak, so ktorg gi Kiet Siong(btol ke eja?) jap, ingat nak tukar duit skali sbb aku bw RM50 1 kertas not je, gerai2 kat skola lak x (officially) bukak lg....then gi pasar tu, order milo ais, tiba2 aku teringat, alamak, lupa nak pecahkan, so cuba la try bg, then tiba2 abg gerai tu campak balik duit aku tuh and dgn muka 'annoyed' ckp kat aku...
"Bagi RM1!"
pastu aku terdiam, ok, mmg aku dah malu dah time tu...
"Ala, takdela duit pecah la~"
then abang tu tiba2 ignore aku....dia gi layan customer lain...Ish, ni yg aku geram ni....kang aku lari xnak bayar lak, baru tau abang tu...hish....
Then tiba2 pakcik yg sibuk beli mknn kat sebelah aku tu gi bayarkan utk aku....
"Nah! Ni, pakcik bayarkan..."
"Eh, pakcik, xpayahla.."
"xpe, dah, pegi sekolah!"pakcik tu ckp agak kuat....
Arrggghhh!!! Malunye aku!!!
Astaghfirullahalazim...Ya Allah, seriously, malunya~aku ingat nak bayar balik duit kat pakcik tu tapi aku x ingat la muka pakcik tu camne....but anyway, thank you,pakcik...
Then on the way balik, gi sekolah, tiba2 dgr radio sekolah, pasang lagu yg aku mintak!
Sorry Sorry by Super Junior!
tapi apa ni, suara pompuan?
rupanye, diorg salah pillih lagu,haha! sbnrnya lagu yg diorg pilih tu girl version of Sorry Sorry...
aku tau sbb aku pon ade lagu tu jugak,haha! So anyway, xpela...cuma x gempak sgt sbb girl version tu slow version punye so x rancak sgt...
After that! Em....apa ye? lupa lak....Oh ye! Samihah dtg! then pastu aku gi beli jambu batu, then merayau, beli roti john and air jagung utk breakfast...aku x sarapan lg tau, td tu beli milo ais je...
then nak masuk rumah hantu tp ramai gler! so ingat nak gi last2 minute la, haha....
Then ktorg masuk dewan, aku lak x sabar nak naik pentas ni, haha...
tp gi rumah Samihah jap sbb dia nak amik duit lg, nak beli baju muslimah,hehe...
aku ade beli gak, saiz XL (wakaka, aku L je, aku bli XL sbb aku selesa pki baju besow2...hehe)
Then, tepat2 dah sampai, bbrp minit lg...masuklah kategori Pemenang Individu Kutipan Terbanyak!Alhamdulillah, aku menang No. 2! Menang dapat pegi ke Perth, Australia! Oh~Yeah~tapi satu tiket je kot....xkan la aku nak gi sensorang, biar benar diorg nih....
Oh,well...bukan bole pegi pon...sbb Virus Influenza AH1N1 tu la....
takpela....ade hikmahnya Allah SWT turunkan bala ni....lgpon sesungguhnya tidak ada 1 penyakit yg Allah SWT cipta tanpa ubatnya.....Bila virus ni dah kureng sket, baru pegi la, amacam? hehehe...InsyaAllah, kalau ade rezeki...=)
Then, pas abis majlis, nak bersurai, tiba parents aku dah dtg, tapi tiba2 teringat, aku and Sam nak masuk rumah hantu, so ktorg pon gitaula ktorg nak msk rumah hantu dulu,parents aku pon balik dulu....
Hah~ni lagi 1 cerita, nasib baik barisan dah kureng sket, xdela panjang sgt...punya la lama tunggu, sian bbrp org budak ni, tunggu 2 jam semata2 nak masuk rumah hantu ni...Mana taknya, ramai yg potong2, bapak ar...ni pon aku geram ni....tp xpela, Assabru-Minal-Iman...

Seorang RM3
Beratur pendek 30 minit (beratur panjang 2 jam)
Masuk 5 minit dah keluar

korang sanggup x?
tapi xpela, walaupun x seram sgt, it's a nice experience...
aku ingat lagi, aku masuk rumah hantu 1st time masa darjah 3...
time aku masuk dlm 3 org, then abang ni temankan la sbb ktorg x berani masuk...
murah je,50 sen je....aku pegang baju abang tu kuat2 and tutup mata sepanjang masuk rumah hantu tu....HAHAHA! mmg xleh bla...mmg penakut gler aku dulu....tp skrg,ehem....okla, InsyaAllah, aku x takut sgt, actually takut la jugak kalo tgk citer hantu....
Bila masuk je, tiba2 adik2 juniorku tiga org (aku lupa nk tanya nama diorg) around form 2-3 kot....
tiba2 diorg jerit, aku pon pelik? tiba2 je, padahal xde pape pon lg...rupanye ade nenek kebayan, haha...aku xnmpk sgt sbb agak gelap gak..then kitorg jalan lg, pegang tgn masing2, then teruskan, jumpa Hafiz Joe pakai telekung, hahaha! aku nak tergelak pon ade...Dia lak bagi salam kat Samihah, mmg lawak ar...then jalan lg, ade org pakai topeng tiba bukak lampu torchlight kat muka dia, haha, topeng tengkorak, x silap aku....mula tuh, terkejut gak, tp x jerit la....byk lg hantu, tp malasla nak citer,hihi....then dah akhir tu, tiba org sergah, HAH!! org pakai topeng gorilla ke ape tah, aku buat muka derk je, haha! org sebelah dia pon gelak je tgk aku x respon...
ade org tu topeng dia Darth Vader,haha!
begitulah journey kitorg masuk rumah hantu, mmg best la...mesti diorg ni untung byk...

Well, that's about it of what happened that day, it's pretty exciting, hehe...
Thanks for spending your time reading this lame story,haha...
Di sini kita habiskan dgn Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asri...=)
Assalamualaikum~

P/S 1 : Extension plug yg aku pinjamkan pada kelas aku tiba2 hilang,ntah ke mana tah...My mom marah aku teruk gak...She said lain kali xyah bg pinjam pape dah....T.T Ni lagi satu, komik Lawak kampus aku pon hilang, rasanye ade budak curi....T.T spatutnye, beg2 x bole dibawa masukla...kalo camtu, senangla nak curi.....
Oh~malangnya, nasib aku hari tu...tapi xpela....Assabru-Minal-Iman...

P/S 2 : Aku nak mintak maaf pd Syafirah, aku baca blog die, bapak ar, sian gler, dia kena belasah bila jadi nenek kebayan...Fiera, sorry tau, aku tolak kepala ko, aku xsgka ko menderita, sorry sesgt, harap x sakit sgt....sorry ye? nnt aku blanja ko ice cream eh? hihi....Mianhae! Tubshi! Kumennasai!